♥ ma bbies ♥

SINOPSIS NOVEL KABUS DIPERBUKITAN .best gyle cte dy :D




   Novel Kabus di Perbukitan mengisahkan seorang wanita bernama Faridah yang  ditimpa kemalangan jalan raya dan hilang secara misteri.
Faridah mengalami halusinasi ketika koma dan mempunyai hubungan telepati dengan adik kembarnya,Rahayu. Dengan bantuan Rahayu, Faridah berjaya ditemui di kawasan orang asli suku Temuan. Ketika Faridah sedar daripada koma, Rahayu didapati telah meninggal dunia di sisi Faridah akibat penyakit leukemia.
   Kehidupan Faridah penuh dengan dugaan. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, suaminya pula meninggal dunia dalam kemalangan
jalan raya. Faridah mengalami tekanan jiwa akibat kehilangan orang-orang tersayang. Faridah mendapat peluang berkursus di New Zealand lalu
menetap di sana selama 25 tahun. Faridah telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons dan dikurniakan sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.
   Melina berkahwin dengan Benny yang berketurunan Arab dan berhijrah ke Terengganu, Malaysia. Benny telah berkawan dengan Mohamed
Attar yang terlibat dalam perjuangan agama secara agresif. Benny melarikan diri ke Dubai setelah mendapat berita bahawa Mohamed Attar telah
ditangkap. Walau bagaimanapun, akhirnya Melina dan Benny bertemu kembali di Dubai dan mereka menetap di sana.
   Anne pula berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul, bekas teman lelaki arwah Rahayu. Zain mengambil alih perusahaan keluarga Soleh
Johnsons di New Zealand. Faridah dan suaminya mengambil keputusan hendak menetap di Cameron Highland. Soleh Johnsons telah bekerjasama dengan Datuk Azrul untuk mengusahakan projek agropelancongan di
kawasan tanah tinggi Lojing. Usaha mereka sangat berjaya. Faridah bertekad untuk membina jati diri di tanah airnya.

0 comments:

Post a Comment


Copyright 2009 ♥cerita seorang lelaki ♥. All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy